Wahai manusia! Bertakwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu (Adam), dan (Allah) menciptakan pasangannya (Hawa) dari dirinya dan dari keduanya Allah memperkembangbiakkan laki-laki dan perempuan yang banyak. Bertakwalah kepada Allah yang dengan nama-Nya kamu saling meminta, dan peliharalah hubungan kekeluargaan. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasimu.
(An-Nisa;1)

Tuesday 20 July 2010

Wanita Dan Isteri: Antara Hak dan Tanggungjawab

PENGENALAN
Sejak kebelakangan ini masyarakat Islam di negara kita kerap dipaparkan dengan berita-berita dan ulasan-ulasan berkenaan penganiayaan atau pengabaian terhadap golongan wanita terutama yang bergelar isteri. Walaupun hakikatnya dalam persoalan ini ia turut merangkumi anak-anak yang tidak mengerti apa-apa, namun kerana mereka masih lagi di bawah naungan ibu atau bapa maka perbincangan tentang mereka tidak banyak dibuat. Kalau ada pun ia hanya diletakkan dalam aspek pengabaian hak isteri yang bergelar ibu kerana apabila berlaku perceraian, pihak yang kerap terbayang dalam persepsi masyarakat akan membela dan menjaga anak-anak adalah si ibu.
Apabila setiap hari berita atau perbincangan mengenai wanita atau isteri ini hanya menekankan hak-hak mereka yang tidak ditunaikan oleh pihak yang sepatutnya menunaikan sama ada suami, bekas suami, ayah dan sebagainya, maka lama kelamaan perasaan memihak kepada wanita di kalangan masyarakat akan menebal. Tekanan yang ditimbulkan oleh berita-berita ini walaupun kadang-kadang tidaklah menggambarkan realiti yang sebenarnya telah membuatkan ramai individu dan banyak pihak yang bangun untuk memperjuangkan nasib manusia malang yang mendakwa dianiaya dan dinafikan hak mereka,. Secara perbandingannya dapatlah dikatakan gambaran yang dipaparkan oleh laporan dan reaksi orang ramai tentan nasib wanita atau isteri di kalangan masyarakat Islam di negara ini samalah seperti nasib Palestin dan Lebanon di Timur Tengah yang dianiaya oleh Israel dan sekutunya.
Reaksi yang paling bernilai dan yang sudah pasti dihargai dan disanjungi oleh golongan wanita ialah reaksi yang ditunjukkan oleh pihak kementerian yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal wanita dan keluarga di negara ini. Berbagai cadangan, inisiatif dan langkah telah dilakukan oleh pihak yang berkenaan demi untuk membela nasib golongan wanita yang teraniaya. Ada langkah yang diambil bersifat kempen secara diplomasi dan memujuk pihak lelaki supaya tidak menganiaya golongan wanita. Ada juga langkah yang dilakukan berbentuk obligasi undang-undang yang mesti dipatuhi oleh golongan lelaki yang terlibat. Pujian dan ucapan terima kasih perlu dihulurkan oleh golongan wanita dan isteri kepada pihak yang telah memperjuangkan dan membela nasib mereka.

Friday 16 July 2010

ADAKAH WANITA DAN LELAKI SAKSAMA DI SISI ALLAH?

Adakah wanita dan lelaki dicipta Allah saksama dan setaraf? Dalam al-Qur’an, penciptaan wanita dan penciptaan lelaki tidaklah dibezakan dari segi nilainya. Al-Qur’an menyatakan: “ Dan bagi semua telah kami cipatakan pasangannya (zawjayn)” (51:49). Beberapa ayat lain dalamal-Qur’an juga menyebut tentang sifat berpasang-pasangan dalam ciptaan (53:45, 78:8, 50:7, 22:5, 36:36). ( Allah swt tidak dicipta, dan dengan yang demikian Allah swt bukanlah sebahagian daripada satu pasangan. ) Dalam penciptaan manusia, lelaki dan perempuanlah yang merupakan pasangan. Oleh kerana semua yang dicipta mesti mempunyai pasangannya, maka kedua-dua lelaki dan perempuan dimestikan wujudnya sebagai akibat penciptaan. Tidak ada yang mendahului di antara kedua-duanya. Ini bermakna bahawa dalam mencipta manusia, Allah swt tidak memberi keutamaan atau kelebihan kepada lelaki atau wanita. Namun demikian, akibat beberapa faktor sejarah dan budaya, kebanyakan umat Islam mempercayai bahawa Allah swt telah mencipta wanita dari tulang rusuk lelaki. Sebagai akibat andaian tentang asal usulnya itu, maka wanita dianggap sebagai terbitan tambahan dan “ciptaan yang kedua”; lelaki dianggap utama dan lebih mulia daripada wanita; dan kaum wanita dianggap sebagai alat untuk dipergunakan oleh kaum lelaki. Kepercayaan ini telah terpahat dalam pemikiran umat Islam, menyebabkan penderitaan yang tidak terkira terhadap kaum wanita sepanjang zaman. Yang lebih penting, fahaman tersebut bercanggah dengan semangat sebenar ajaran al-Qur’an. Seperti yang diperkatakan di atas, segala sesuatu dicipta berpasang-pasangan. Oleh yang demikian, yang satu tidaklah terbit dari satu lagi, atau melebihi yang satu lagi. Yang satu itu tidak bertaraf lebih tinggi daripada yang satu lagi. Yang satu itu bukanlah dihasilkan dari yang satu lagi. Kaum wanita bukanlah diciptakan untuk kegunaan kaum lelaki, sebaliknya kedua-duanya dicipta untuk saling memanfaatkan antara yang satu dengan yang lainnya. Adakah wanita dan lelaki dicipta serupa? Tidak. Kedua-duanya tidak dicipta serupa. Dari segi biologi, wanita dan lelaki sudah tentu tidak serupa. Tetapi perbezaan ini tidaklah membawa erti bahawa wanita dan lelaki berbeza dari segi nilainya. Bagi Allah swt, Muslimat dan Muslimin adalah peserta setara dalam segala bidang kehidupan umat Islam. Dalam beberapa ayat al-Qur’an (33:35-36, 9:71, 4:124, 3:195 40:40 16:97), Allah secara khusus bercakap kepada kedua-dua wanita dan lelaki, memberikan mereka peranan dan tanggungjawab yang sama dalam kehidupan rohaniah dan dalam perjuangan Islam, serta menjanjikan ganjaran dan balasan yang sama bagi segala tindakan mereka. Orang-orang yang beriman, lelaki dan wanita, adalah teman yang saling melindungi(saling jaga-menjaga) antara satu dengan lainnya :Mereka mengerjakan yang ma’ruf, mencegah dari yang mungkar, mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, dan mereka ta’at kepada Allah dan Rasulnya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. Allah menjanjikan kepada orang-orang yang mukmin, lelaki dan perempuan, (akan mendapat) syurga yang dibawahnya mengalir sungai-sungai, keka; mereka di dalamnya…..(9:71-72) Oleh kerana dalam segala hal rohaniah taraf sama yang diberikan kepada wanita dan lelaki bukan sahaja diiktiraf, malah dituntut, oleh al-Qur’an, maka tentulah lebih-lebih lagi demikian halnya dalam hal-hal yang bersifat duniawi. Adakah perkara-perkara tertentu yang dikhaskan hanya untuk dilakukan oleh wanita atau lelaki sahaja dalam masyarakat Islam? Meskipun hanya wanita boleh dan melahirkan anak, namun tidak terdapat apa-apa dalam al-Qur’an yang mengkhususkan sesuatu hanya kepada kaum lelaki. Malahan peranan risalah (yakni menjadi Rasul) tidak merupakan peranan yang dikhususkan kepada kaum lelaki sahaja tetapi hanya dikhususkan kepada segolongan individu yang luar biasa sahaja. Surah 21:7-8 al-Qur’an menyatakan bahawa para rasul merupakan lelaki hanya untuk menjelaskan bahawa mereka adalah manusia, bukannya malaikat. Kepercayaan bahawa hanya lelaki yang boleh menjadi pemimpin merupakan kepercayaan yang karut kerana baik al-Qur’an maupun Hadis tidak menyatakan bahawa wanita tidak dibenarkan memimpin. Sesungguhnya al-Qur’an maupun Hadis tidak menyatakan bahawa wanita tidak dibenarkan memimpin. Sesungguhnya al-Qur’an memuji mutu kepimpinan Ratu Bilqis, raja negeri Sheba (27:23-44). Mutu Bilqis sebagai pemimpin yang baik tidaklah diukur dari segi jantinanya, tetapi dari segi : i) kemampuannya memenuhi tuntutan jawatannya ii) kemahiran politiknya iii) kemurnian taqwanya iv) kebijaksanaannya yang mantap. Prinsip yang digunakan di sini adalah prinsip orang yang paling sesuia untuk memenuhi tuntutan kepimpinan yang baik lagi berkesan. Jika seorang wanita berkelayakan dan yang paling cocok untuk menyempurnakan sesuatu tugas, maka tidaklah terdapat sebarang nas al-Qur’an yang menghalangnya melaksanakan tugas tersebut, semata-mata atas alasan jantinanya. Ayat-ayat lain yang manakh yang menyentuh soal kesaksaman dan hubugan saling perlu-memerlukan dalam hubungan antara kaum wanita dan lelaki? Maka Tuhan mereka memperkenankan permohonannya (dengan berfirman) "Sesungguhnya Aku tidak menyia-nyiakan amal orang-orang yang beramal di antara kamu, baik laki-laki atau perempuan, (karena) sebagian kamu adalah turunan dari sebagian yang lain. Maka orang-orang yang berhijrah, yang diusir dari kampung halamannya, yang disakiti pada jalan-Ku, yang berperang dan yang dibunuh, pastilah akan Ku-hapuskan kesalahan-kesalahan mereka dan pastilah Aku masukkan mereka ke dalam surga yang mengalir sungai-sungai di bawahnya sebagai pahala di sisi Allah. Dan Allah pada sisi-Nya pahala yang baik."(3: 195) “Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.(9: 71)

Wednesday 14 July 2010

STRUKTUR BANGUNAN YANG TIDAK PEKA GENDER

salam penuh takzim kepada penunjung blog sekalian. Semoga sentiasa berada dalam rahmat dan lindunganNya. untuk pengetahuan semua, penulis baru saja create blog. jadi sebarang komen amat dialu-alukan. pada kali ini, penulis akan mengetengahkan isu binaan bangunan yang tidak mesrra wanita. kalau selalu, orang selalu sebut "bangunan yang tak mesra OKU" tetapi penulis nak tukar perkataan tu. penulis membawa isu ini kerana wanita selalu menjadi mangsa terhadap binaan struktur bangunan yang kurang mementingkan kesihatan mereka. penulis mengambil contoh di universiti tempat penulis melanjutkqan pengajian sekarang. terdapat banyak lagi bangunan yang dibina tidak "mesra wanita." mengapa penulis mengatakan sedemikian? meskipun kerajaan telah menyediakan kod etika binaan bangunan malangnya, kod ini tidak dipatuhi oleh kontraktor yang terbabit. adakah mereka itu tidak beretika? umpamanya, di fakulti tempat penulis belajar. bangunan tersebut dibina setinggi 4 tingkat. kami perlu menggunakan tangga untuk ke tingkat atas. dan tempat penulis belajar adalah di tingkat paling atas. penulis amat bernasib baik kerana Allah masih mengurniakan anggota kaki untuk menggunakan tangga tersebut tidak seperti rakan-rakan OKU anggota yang tidak dapat naik ke tingkat atas. bukan itu saja, struktur bangunan yang dibina juga tidak peka gender. oleh sebab keadaan biologikal wanita tersebut (melahirkan anak) jadi, kesihatan mereka amat perlu dititikberatkan. ini kerana pada peringkat awal kandungan, rahim wanita masih tidak kuat. kebarangkalian untuk keguguran amat tinggi. walaupun Pelan Tindakan Pembangunan Wanita telah menggariskan bidang (wanita dan kesihatan) ini cperlu diberi penekanan malangnya, pelan ini tidak diaplikasikan sepenuhnya di negara kita.